MATRIC VS DEGREE

Bila ada waktu lapang ni mula lah nak update macam2. Mood : rajin menaip. Hehehe. Okay utk entry kalini aku nak cerita secara ringkas hows life at Matric and Uni.

2017 June,
I entered matric at Johor Darul Takzim. My first experience belajar jauh2 gila bapak. Padan muka diri sendiri siapa suruh letak first choice. Berlagak nak berdikari last2 menangis juga bawah shower, dekat bucu katil. Tapi bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk merasa kehidupan sebagai seorang pelajar Matrikulasi.
Jadual sangat padat, mampat, penat. Full from 8 am - 4 pm. Malam struggle buat assignment pulak. 8 pagi esoknya kelas balik. Ulang routine ni sampai la ko habis pada 2018 May. Menipulah kalau cakap aku tak pernah nangis sebab belajar. Banyak kali nangis beb sbb ntahlah. Mungkin sbb tak dapat adapt lagi dgn surrounding.

Kimia, Fizik, Comp ada kelas tuto,  kuliah and lab. Time lab Kimia n Fizik tu standard la tak dapat accurate result. Cambiasa copy result roommate or member lain. Itulah cara untuk hidup hahahaha. Pernah sekali terkantoi time lab Kimia. Kena buat jotter before p lab nak buat experiment. Tapi aku dgn beraninya pinjam jotter book pika. Sebab buat xperiment kt meja masing2. Ckg jarang2 ronda meja ke meja. Tapi time tu tgh buat punya buat, aku letak jotter tu kat atas meja. Then,  Den amek sbb nak tgok la what to do then and ckg faridah nampak. Dah siap ada result plaktu sbb rumet aku dah buat dah. Aduhhhh. Masalah. Mmg kena maki la aku kena. Hahahahas. Den ni mmg hutang darah dgn aku. And... Banyak la lagi pengalaman2 yg buat aku rindu sangat kat matrik, kat kawan2. Entry lain aku describe kawan2 aku sorang2. Miss i guys badly. Time lab fizik pula ckg aku mmg suka menjerit + funny. Mmg boleh pecah tingkap makmal tu. I said what i said do. Mmg pernah pecah HAHAHAHA. Siapa tak siap jotter, esp yg tak lukis figure tu mmg kena duk luar. Siapkan. Kat luar tu dahla sebelah tu toilet. "kau siapkanlah jotter kau tu, siapa suruh tak siap. Lukis gambar rajah pemalas. eeee dahla lantai tu air kencing terpercik2. Lepas kelas aku ni nanti korang pergi la tukar seluar tu eeee". Ktorg kat dalam mmg tergelak jelah. Lawak bila ingat momen ni. Dia jerit sumpah boleh pekak tp srs ckg ni la paling dirindui. Bila duk menempel kt meja dia, dia cakap budak2 hingus sibuk menempel. Adehhh. Oh ya ckg ni rajin buat tutorila via YouTube. Dia ajar one by one pasal fizik. Yg mana tak faham certain topic tu, bolehlah visit her channel. Ahlisyurgafizik if not mistaken.


Sept 2018,
Melangkah kaki ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Uni yg penuh dengan kehijauan. Suasana tenang dan burung mula berkucip cip cip riang. Uni Utama katanya. Sumpah besar. Sesat jugalah time nak p inasis Bank Muamalat. Ktorang sampai sehari sebelum hari daftar. Tidur di homestay Jitra satu malam. Kali kedua pergi jauh dari family. Haritu selatan, kalini utara pula. Duk Selangor. Eloklah tu haa. Harap senang la dapat job nanti. Sebab independent gurllll hshshshs. K.
Dapat rumet yg sangat satu kepala. Bersyukur dapat rumet yg baik2. Nnt ada masa aku cerita pula pasal kawan2 kt uni. Sbb sekarang nak buat sinopsis je pasal tajuk ni.

First tintake 18/19 . Sem 1 mmg dapat jadual. Mmg dah provided so takyah nak pening kepala fikir. Tapi just dapat 5 subj je. Lagi 1 subj kena add online / manual sendiri. Tu pun terkial juga sbb first time. Tp nasib baik dapat kelas yg nak tu. Berkat alisya tolong sis. Tq sya!! First sem mmg banyak sama class dengan kawan2 baru n skrg pun still rapat sbb jadual mmg dah disusun oleh HEA. overall my sem 1 is not bad. Sem ni lah yg mengajar aku untuk menjual popia + product dyas sehingga dapat sales RM1000. Geng aku jual popia carbonara and popia pisang. 5 packs RM8 utk popia carbonara, 5 packs RM5 utk popia pisang. At first ktorang amek supplier je but at last ktorg yg buat sendiri. Masyi la yg power buat carbonara. Sedap tqokkk. Customer selalu puji sedap. And repeat banyak kali. Aku tolong bungkus rapi2 popia tu and promote je. Alhamdulillah our entrepreneur went well even takda la score mana. Tp experience tu mmg tak dapat dibeli. Semangat kerjasam bangun awal pagi p bilik stor goreng popia ramai2 hahaha. And... Disebabkan popia juga lah aku jumpa insan yg tak pernah aku minta untuk jumpa pun. Hehe. Thanks to popia.  Ada satu tahap tu semua stress sbb biasa la kulit popia tu takleh simpan lama. Peti ais pon manade. Kami simpan kat box putih tu je and letak ais. Beli barang pe semua kat Cmart Changloon.
Okay back to the topic, time first class tu nak cari memang sesat sejuta kali. Pernah salah naik bas. Pernah tak turun bila dah smpai destinasi and terlepas la kau ke Kachi sana. Hahahaha aduhai mira. Kelas marketing aku lisya and zira dapat kat DKG7. Dkg7 ni mmg jauh. Kena naik bas E. Antara yg paling jauh la sbb luar uum. Bas pun satu dua je sbb tak ramai dpt kelas situ. Sehari ktorg try p kelas tu. Mmg serik do. Menyusahkan jiwa raga kena tunggu bas lama2. Sejam lebih kurang. Pastu lect tu pun cam cerewet so we decided utk drop. So ya, ktorg berjaya drop and add kelas lain. Alhamdulillah. Serious aku cakap, time sem1 ni kau paling nampak bodoh2 je sebab bebal taktahu nak gi mana. Anytime tanya orang. Time msk sr takda pun buat cam roadshow satu U. But issokay, baik bertanya daripada diam bodoh sombong kan.

Andd... Sem 2 makin better. Tp aku gerak solo je p kelas. Kawan2 aku suka kelas pagi. Im not a morning person duh so aku okay je gerak sorang p kelas. Jadual semua aku susun baik punya. 1 je kelas pagi 8.30. Kelas banking tersama dgn wanie. Sbb tu aku cam tak kisah gerak solo sbb confirm ada je kawan2 lain yg tersama juga. Tu pon.. Jasad je ada dalam kelas tu. Hati otak semua tinggai kat bilik sebab mengantuk. Tido lewat. Padanlah muka. Sem 2 jadual aku agak rilex sikit sbb ada hari sampai 2.30 ptg je. So balik tu kau boleh rilex kan otak and diri dah. Lepas kelas eco je p nasi kandaq dgn.... sbb dia ada gap and aku habis class dah. Sedap tqok sumpah. Maybe sbb aku jarang makan hahaha. Mamak situ kenal dah ktorang ni.  (Rindu sik kandaq). Sem 2 ni jugalah banyak bagi aku pengalaman to face all free rider dalam gp assignment. Cakap je berkumpulan tp mostly aku yg buat (bkn nak ungkit, tp common sense la sikit). Semua benda taktahu. Demi markah aku buatlah dgn seikhlas hati (cuba utk ikhlas). Sekali dua takpa la. Ni banyak kali. Haih. Okay la malas nak ingat. Financial management pula the most killiest subj. And the most stressful. Lagi2 gp ass. Leader suka memekak. Ada waktu tu aku da siap pkai telekung otw bilik masyi nakp terawih. Dpt ws dia minta ass sorang2 tu sekarang. Aku terus pecut bilik bukak laptop buat. Sumpah satu apa aku belum buat sbb niat nak buat pas balik terawih. Ayat graph semua. Kira2 lagi. Graph bukannya satu. Tp banyakkkk. Nasib la aku gerak pantas walaupun tak pernah buat benda tu ceh. Tp aku belajar dari tgok dorang yg da siap tu. So i have done my part!!! Bila siap tu aku hembus nafas lega. Sambil buat sambil nak nangis je sbb byk nak mampus and stress sbb leader nak cepat. Tapi sem3 ni aku cam pressure sikit sebab hari2 aku akan balik lewat. Dah sehabis baik dah aku susun tp tulah kelas course tak banyak bukak. Semua petang2 je. So wht can i do? Redho jelah. Janji ilmu tu sampai dan ikhlas. Kan.

Make it worth. All the best. 

Comments

Popular posts from this blog

DRIVING LICENSE